Thursday, April 28, 2011

tanda-tanda

Salam...


Dah dekat seminggu saya diserang sakit ala2 senggugut (lower back pain + sakit bwh perut a.k.a ari2). Beserta dengan memulas-mulas seperti rs nak beri sgt2. Bila g toilet x pulak terberi nye. Kadang-kadang sakit nye sekejap dan x berapa menyakitkan. Kadang-kadang rasa kuat sakitnya sampai boleh leleh la ayak mata. Dah lama x rasa sakit mcm ni. last sekali rasa ms September 2010. Call mak, kakak semua tny apakah sakit ini?? Selang 3 jam mesti kena. Diorg kata itu tanda2 mcm nak bersalin but i dont think so sbb daripada pembacaan kalau sakit bersalin mestilah sakit yg teramat kuat. Ni sakit yg rasanya aku boleh bertahan lagi la. Cuma bila datang sakit tuh semua aktiviti kena dihentikan. Contoh kalau tgh berjalan mesti terus nak cari tempat duduk. Rasa kurang sket la. Pastu kalau x silap tanda nak bersalin mestida de keluar lendir + darah (sikit ke banyak x pasti la) atau pun air ke kan. Ni x de pun keluar pape.


Dah dekat seminggu tahan sakit ni baru semalam jumpa dokter. Sbb nye dah bape hari dokter yg slalu direfer tuh bercuti je. Semalam x boleh tggu lagi sbb sakit sgt waktu tghari tuh. Sampai rasa cam x boleh bangun dari perbaringan (lunch balik umah baring, sampai x lalu makan). Mintak hubby balik nak g hospital. Bukan sbb nak bersalin (konfem lambat lagi) tp risau kalau de benda lain.


Pegi klinik dulu utk dapatkan refer letter dari klinik panel baru bleh g hospital. Igtkan nak amik surat je tetiba doketr nak check plak. Lepas dah explain sume dokter nak tgk perut. Ditekan2 nye kat ari2 tuh (mang ai sakitnye) nak cari kepala baby katanya. Jumpa la kepala baby dah ada kat bawah. Dia kata position semua ok. Belum betul2 engaged lagi kat tempat yg sepatutnya. So bukan la nak beranak lagi. (saya tau la dokter, due nye lambat lagi). Tapi nak tau la apa yg sakit sgt kat belakang pinggang yg selang 3 jam sakit tuh. Dokter kata itu normal. Braxton Hicks katanya. (tapi baca kat internet Braxton Hicks mcm x menyakitkan je). Tapi jawapan dokter tuh sedikit melegakan la. Dia kata x de pape. saje nak bagi praktis je tuh. Dah nak masuk 34 weeks mmg dah boleh rasa sket. Owhh lamanya lagi nak bertahan sampai 40 weeks. Sila lah bertabah marin. Dokter kata kurang kan bergerak utk kurangkan kekerapana sakit tuh datang. Emm boleh ke kurang bergerak...


Takutnye plak rs bila nak menjelang harinye. Ni baru sket je rs sakit. Kalau betul2 nanti camna la agaknya ye. Tapi alhamdulillah Allah bagi rasa sikit demi sikit. Tak delah terjah terus sakit nak beranak. Sakit nak beranak konfem la berganda-ganda sakitnya tapi harapnya biarla semua berjalan lancar. InsyaAllah..

Thursday, April 14, 2011

time nak kan sesuatu waktu tu la x de

boleh tak nak meluahkan perasaan dlm ni. sebenarnya tgn tgh menggeletar ni. sebab ape?? kelaparan yg teramat sangat. dr pg tak breakfast sbb de benda urgent. padahnya kebulur giler pedih ulu hati.

g kat pantry nak buat air milo. tgk-tgk milo x de pulak. tukar option ke nescafe pulak. nescafe pun abis. adehhh...baru teringin nak buat milo panas mkn ngan biskut hup seng. biskut sekeping pun x dak. haihhhh...hangin betul la. bebudak ni dah tau benda dah abis g la beli. bayar tiap2 bulan tp time aku nak mkn / buat air time tuhy la semua x de. mula la rasa cam x nak bayar je ni. baik beli sendiri letak dlm bilik ni. tapi kang nampak cam kedekut sgt la plak.

tapi tolong la saya sgt lapar!!!!!!! tahap gaban nye lapar!!!! nak turun cafe tapi cam awal sgt je. baru kul 11 pagi la cik kak oi!. lambatnye kul 12.15 (ari ni jumaat). dah la x de gegula ke coklat ke dlm handbag ni. selalu ade je spare. time2 ni satu benda habuk pun x dak..


sorry la kalau de yg rs benda ni pun nak tulis. ni sebenarnya nak larikan fokus akal ni dari terus memikirkan kealparan. :)

Tuesday, April 5, 2011

early contraction???? erk...

Ni nak citer psl malam td. Tdo agak lambat jugak sebab melayan Desperate Housewives (WAJIB tgk hehehe) sampai kul 11.30. Cot cet cot cet lepas tuh dalam kul 12 la baru tdo. Sejak seminggu lepas mmg dah tak lena sgt dah tido. Mata ngantuk sgt tapi tak leh lena. Cane tuh?? cer citer..cer citer..


Tapi paksa gak la untuk tdo. Bukak kipas laju gile sebab sekang ni mmg asik dalam kepanasan jek. Sepatutnya dah boleh rasa sejuk dah mlm td tapi asbestos punye kedai hantar barang lain dari yg kita order. So berpanas lagi la mlm td. Seorang cik reen yang sblm ni tak pernah tido tanpa selimut tapi sekarang..haihhhh tak boleh tahan la. Memang selimut dah campak ke mana dah. Kena lak mmg skang tgh cuaca panas berdenting ni. Lagi la x tahan makk..


Adakah kerana terdedah kepada kipas yg sgt laju tu membuatkan aku terjaga tengah2 malam sebab sakit perut sgt2. Pegang2 perut ni memang keras gile waktu. Bukan baby tau tapi boleh rasa mmg perut guwe yg mengeras. Pastu belakang pinggang ni kejap sakit kejap ilang..haihhhh..apakah???? Dekat sejam jugak la terkebil2 menahan sakit tapi x mo gak bangun dari katil cuma ubah posisi ke kiri ke kanan sampai terlelap..


Pagi ni masa en. suami bangun nak say hi to baby. Dia pun terkejut bila pegang perot mommy ni keras semacam. Pelik.. dia cakap kuatnya baby ni but i said it's not the baby la sayang. Memang perut ni mengeras dari mlm td. Nak g klinik tapi rasa mcm x perlu je. Maybe normal kalau dah masuk minggu ke 30 kot. Cuma agak risau jugak sbb baby x gerak lagi dari bangun tdo td. Skang dah pukul 11.30 pg. Dah puas gak henyak perut ni ke depan ke bawah tapi x de beza pulak. Selalunya pantang terhimpit sket mesti cepat je dia respons. Aku pun dah mula panas badan a.k.a demam dah sebenarnye dari pagi td. Ada kene mengena ke ngan sakit perut mlm td ek. Nak g klinik malasnye la hai nak bwk keta ni. En. suami dah suh g klinik dah tapi kang malu plak dokter igt aku risau tak tentu pasal. sesapa yg de experience mcm ni share wit me pls...

Sunday, April 3, 2011

sementara menunggu..

Actually tgh menunggu turn utk checkup. Ikutkan hati mcm dah x nak checkup kat sini. Jenuh menunggu tapi alang2 dah sampai pagi2 tggu je la. Maybe next month nak g klinik swasta je la. Skang ni baru no.22. Turn aku no.35. Padahal dah dtg awl gle dah. Tapi ramai lagi yg lebih awl dr aku. Semehtara menunggu moh le kita menghapdet blog yg dah berabuk ni.

Nak citer psl baby fair baru2 ni kat midvalley. Sakan me dan enche suami bershopping. Mmg sblm pegi tu dah ada target items yg nak dibeli. So mmg fokus kat benda2 tu. Contoh nak beli babycot mmg dah survey siap2 hatganya. Dapat tangkap satu pakej ngan bedding set. Yg x syioknye aku tersangat la berkenan ngan set putih pink tapi baby nye x tau lagi boy ke gurl. Payahnye la hai nak decide....padahal a day before tuh dah g scan dah tapi still x nampak jugak. Malu suntguh anak mommy ni ye...

Sbb malas dah nak cari tempat lain, kitorg beli gak la yg kaler pink tu sbb tetomei sgt....sgt...tapi minta kedai tuh hantar awl jun (before due) in case dah konfem jantina nye. Mana la tau baby ni geng daddy ke haruslah x sesuai anak mommy pakai pink...ouchhh..

Selain dr tu de gak la few items lain yg 'ter' beli wpun x de dlm senarai..sterilizer sgt la murah. Sgt puas hati dpt beli..beli jugak sepasang dua baju for new born. Sumenye putih je....senang nnt 2-2 leh pakainnn

Lagi beli pe ek? X igt dah la sbb dah lama baru nak citer. Tapi rsnya bnyk gak sampai daddy terkeluar ayat "nak kena kumpul dana semula ni utk baby" hahaha sian daddy ye...

Ooh bateri dah nak abis nak nyetop dulu..daaaa

Sunday, March 13, 2011

SUPER STRESSSSSS

Hoaaaaawahhhhh!!!



Ha mcm tuh la rasa nak menjerit sekarang ni. Berada dalam keadaan super stress yang teramat la harini. Satu mungkin sebab letih. Malam tadi sampai dari terengganu dekat kul 12 tgh mlm. Pastu pg ni masuk kerja, ramai pulak yang bercuti. Telefon pulak dari pagi tak berenti2. Macam-macam benda org mintak. Sampai ada satu tu call nak kan satu maklumat within 10 minutes. Gila ke apa??? Kalau dah tau awak nak meeting pg ni mintak la dari last week. Ni menyusahkan org. Pulak tuh kalau benda tuh bahagian ni yg buat tak pe jugak. Ini kena mintak kat bhgn lain pulak satu hal. Pastu bhgn lain tu maki kita pulak @*##&***@ (harap maklum tiada sebarang carutan yg keluar ye ,. cuma ilusi je tuh)



Kepala dah pening tahap gaban sebab letih + tak cukup tdo + jeles ngan enche suami yang dok berlingkor kat umah. Dia amik cuti. Bestnyeeee... kalau dapat lari dari ofis ni...rs menyesal plak tak amik cuti. Tak cukup dgn harini, agenda besok yg lebih menyesakkan dah berlambak atas meja..haihhhhh....penat la...kali ni memang dah tak boleh nak sorok dah kemengeluhan aku nih. Tak tau nak gambarkan mcmana perasaan ni. SUPER TENSION!!!!!! Sian kat baby. Dari pagi pun senyap je tak gerak-gerak pun. Agaknya dia pun boleh rasa mommy tgh stress agaknya. Sorry ye baby cayang..mommy dah rs mcm nak meletop dah harini. What i really need rite now is my bed..tolong la....boleh lega kan kesesakan kepala yang semakin serabut ni. Kalau la pagi td aku buat tak endah je terus g masuk kursus lantak pi la ngan opis ni, mesti tak serabut kepala ni. Tapi kang kena gak bambu sbb semua org dah takda. Haihhhh....kena pegi course stress management la camni.


Ok rs lega sket walaupun tanpa sebarang bunyi yg dikeluarkan...

Monday, March 7, 2011

checkup ke3

Hrni kali ketiga Checkup kat klinik kesihatan. Sblm ni kuar awl gle dari umah sampai jd org 1st dok dpn pintu klinik. So harini kuar la lambat sket. Lebih kurg lewat 15 minit dr sblm ni. Sampai je klinik, mak aiiii ramainye umat. Konfem lambat ni. Tgk2 dapat no 37. Giliran yg tgh checkup tu no3. Masa tu dah jam 830 dah.

Mmg masak la menunggu harini. Memandangkan lom bekpes lagi dan baby pun menendang dgn sgt kuat sampai senak perut (lapar agaknya...sian anak mama), aku pun kuar jap g bekpes. Mkn nasi lemak sambal ayam ngan udang goreng..hamikkk...kebulur betul..syiok je layan bekpes sorg2 sbb kedai tu x de customer lain. En wacha x dpt teman hrni sbb de benda urgent kat ofis.

Habis bekpes masuk blk klinik tgk giliran baru sampai no.9. Mang aiii..detail betul diorg check. X pe la. Disebabkan aku dah kekenyangan so x kisah sgt. Turn aku sampai kul 12.15 lebih kurg. Nurse kat situ mmg boleh dipuji la. Wpun dr pg mengadap org ramai tp still layan dgn baik. Explain mcm2 benda yg first timer mcm aaku ni. Berat naik 2.4kg...sblm ni naik sekilo sebulan. Adussss...mmg asik nak mkn je skang ni. Payah tol nak kontrol. Pastu nurse tny dah penah minum air gula lom. Aku ckp la blom penah lg. Pastu dia ckp next month tgk cane. Kalo bnyk lagi naik kena minum la jawabnya...huhuhu

Pastu kena cucuk kancing gigi. Memula x sakit. Tapi makin lama makin lenguh+kebas tgn ni. Skang ni pun x leh tdo dah dekat kul 1 pg da sbb makin bertambah jek kelenguhannya tu..adehhhh. tu yg tetiba menthapdet tetengah mlm tu. Rasa cam nak tuam ngan air panas je. Boleh ke ek???


Lps kena cucuk tu nurse jumpa dokter plak utk check paru2 ngan jantung. Alhamdulillah x de pape. Risau gak sbb sblm ni selalu kena palpitation (sorry la kalo salah eja).

Ok la dah lenguh tgn menaip guna phone ni. Jari kalo comel x pe gak. Senang sket. Ini tak..bulat2..hehehe. nak kena paksa tdo gak ni. Kang tersengguk je kat ofis..

Nitey nite...baby pun dah tdo agaknya..dah x rs gerak dah. Td kemain lagi...

Wednesday, March 2, 2011

Sangat Letih Lately..

Why arrr dah 3 hari rasa letih sgt2 bila kat ofis. Mata asik nak terpejam je. Ikutkan akal yg tak waras nak aje aku tutup lampu ofis ni, kunci bilik dan zzzzzzzzz.....alangkah bahagianya kalau boleh buat.



Malam pulak kul 10 dah ngantuk sesungut..Adehh..life rs mcm dah tunggang terbalik je ni. Keja ghumah pun sentuh mana yg rs nak buat je. Selebihnya tggu weekend la. Ke semua org yg preggy pun rasa mcm ni ek bila dah masuk 6 bulan. Oohhh sekang pun rs ngantuk lagi...



Sebenarnya saja nak aktif balik menghapdet. Haritu before raya cina, me and hubby g jenjalan ke Bukit Tinggi. Dah boring sgt dok umah. So we've decided to go to somewhere yg x yah kuarkan duit sgt (kena berjimat sekang hehehehe). Kalau bercuti kang nak kena kuar duit hotel la and etc..etc..



Seronok jugak la spent masa satu hari kat sana. Plus dgn hari hujan renyai2 dari kitorg sampai tu so tempat tuh jadi lagi menyamankan la. Sempat jugak snap few pictures. Guna hp je sbb lupa bwk kamera.


Merasa gak nak pakai kimono. Gigihla jugak nak pakai. Kat sebelah gamba kat taman Jepun.oohh gemuk nye saya


Angsa yg jinak tapi takut gak nak bg mkn. Takut kena geget..


Kat rabbit park. Sgt jinak rabbit2 semua. Tapi ada bau sket..hehehe

Pakai kimono. Leh cover perot..hehehhe


Lagi kat rumah Jepun..Auntie yg keje tuh minat nak jadi photog gamaknye. Belambak gambar kitorg dia tlh amikkan.