Sunday, March 13, 2011

SUPER STRESSSSSS

Hoaaaaawahhhhh!!!



Ha mcm tuh la rasa nak menjerit sekarang ni. Berada dalam keadaan super stress yang teramat la harini. Satu mungkin sebab letih. Malam tadi sampai dari terengganu dekat kul 12 tgh mlm. Pastu pg ni masuk kerja, ramai pulak yang bercuti. Telefon pulak dari pagi tak berenti2. Macam-macam benda org mintak. Sampai ada satu tu call nak kan satu maklumat within 10 minutes. Gila ke apa??? Kalau dah tau awak nak meeting pg ni mintak la dari last week. Ni menyusahkan org. Pulak tuh kalau benda tuh bahagian ni yg buat tak pe jugak. Ini kena mintak kat bhgn lain pulak satu hal. Pastu bhgn lain tu maki kita pulak @*##&***@ (harap maklum tiada sebarang carutan yg keluar ye ,. cuma ilusi je tuh)



Kepala dah pening tahap gaban sebab letih + tak cukup tdo + jeles ngan enche suami yang dok berlingkor kat umah. Dia amik cuti. Bestnyeeee... kalau dapat lari dari ofis ni...rs menyesal plak tak amik cuti. Tak cukup dgn harini, agenda besok yg lebih menyesakkan dah berlambak atas meja..haihhhhh....penat la...kali ni memang dah tak boleh nak sorok dah kemengeluhan aku nih. Tak tau nak gambarkan mcmana perasaan ni. SUPER TENSION!!!!!! Sian kat baby. Dari pagi pun senyap je tak gerak-gerak pun. Agaknya dia pun boleh rasa mommy tgh stress agaknya. Sorry ye baby cayang..mommy dah rs mcm nak meletop dah harini. What i really need rite now is my bed..tolong la....boleh lega kan kesesakan kepala yang semakin serabut ni. Kalau la pagi td aku buat tak endah je terus g masuk kursus lantak pi la ngan opis ni, mesti tak serabut kepala ni. Tapi kang kena gak bambu sbb semua org dah takda. Haihhhh....kena pegi course stress management la camni.


Ok rs lega sket walaupun tanpa sebarang bunyi yg dikeluarkan...

4 comments:

  1. huhuhuu.. sekali-sekala mengeluh, klo utk hilangkan stress apa salahnye.. bersabar k.. sian baby.. (cheh! pandai ckp.. aku pon same.. extra emo lg ade.. kakakka..)

    ReplyDelete
  2. betul la ninie. bila preggy ni lain mcm je rs. kepala berpinar2 bila serabut sgt. tambah2 pulak duduk kat tempat baru ni. nak belajar benda baru. nak menjawab soalan org pdhal kita x bape arif pun lagi dgn keje. hadoiaiiii...

    ReplyDelete
  3. I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
    liver already present. I started on antiviral medications which
    reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
    became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
    ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
    treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
    the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
    treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.

    ReplyDelete