Tuesday, June 7, 2011

betul2 satu pengalaman haibat!!!!

Salam and hi...

Hihihihi finally I am officially a mother now. Tak tergambar perasaan itu selepas menanti beberapa tahun. Kalo ikut ticker baby kat tepi blog ni sepatutnya saya masih lagi counting the days to deliver the baby tp kuasa Allah anak yg dikandung lahir 11 hari awal dari jangkaan. Tak dapat sama birthday papa dia 13 jun. Kalo tak ni jadi hadiah birthday inchik suami la. Kira jugakla walaupun awal.

Cane tetiba boleh terkeluar budak tecit ni ye? Alkisahnya lebih kurang kul 11 malam 1 jun 2011 masa da nak tdo saya dah rasa sakit-sakit tapi buat biasa je sebab saya mmg dah start rasa sakit contraction seawal mggu ke 28 lagi. So I thought its a normal pain. Tapi hati ada juga terdetik entah2 it's the time dah kot sbb baby aktif terlampau mlm tuh. Tak berenti langsung bergerak.

Dalam sakit2 tu boleh juga lena. Pukul 2 lebih saya terjaga tersentak dgn sakit yg kuat kat bhgn bawah perut. Pegi toilet tgk ade sedikit tompokan darah. Jeng...jeng...masanya dah tiba. Saya kejut hubby ckp kat dia kita dah kene g hospital kot. Boleh dalam mamai dia jwb sure ke da kena pegi. Kot2 bukan kang malu je. Haishhh geram plak ngan inchik suami waktu tu.

Tapi hati kuat rasa nak bersalin dah. Saya bangun. G masak air. Pack mana2 barang yg x abis pack. Jalan2 keliling umah. Da dekat kul 3 dah sakit selang 5 minit. Terasa ada banyak air keluar. Konfius sbb x sure air ketuban ke shishi. Tapi non stop. Baju tdo dah lencun da. G toilet cium x de bau shishi pun. Sah air ketuban. G kejut hubby lagi bgtau dia air da banyak keluar. Baru menggelupur dia bangun. Pastu kalut keluar ke dalam panik x tau nak buat ape. Kelakar tgk dia masa tuh. Tapi saya masih boleh jalan lagi. Tukar baju siap2. Buat air milo panas. Makan roti dgn nuttella (takut nnt x sempat da nak mkn) mkn kurma sket ngan air zamzam. Kul 4.30 pg grk g hospital.

Otw kena tahan polis kat area damansara sbb bwk laju. Nasib baik alasan kukuh x kena saman. Sampai hospital dlm kul 5 terus masuk labor room. Masa ni leh gelak2 lagi sambil sembang. Nurse psg ctg. Bila contraction lebih bacaan 50 saya da mula berpeluh tapi bertahan x mo amik ape2. Tapi bila cecah 70 dah rasa x boleh tahan dah. Terus mintak epidural tapi nurse kata kena tggu. Dokter otw katanya. Dari pukul 6 tggu tak sampai2 dokternye sampaila da kul 9. Dokter check dah bukak 5 cm tapi masa tuh subhanallah mmg da meracau2 da rasanya. MIL pun dok tggu dlm labor room. Tak dan nak salam pun. Nampak muka dia pun sayup2 je. Hubby kat sebelah pun dah x dgr suara dia ckp ape. Nurse inject tahan sakit ape ntah namanya. Lalok sekejayp2. Doctor kata dari kul 9 tuh mungkin lagi 2 jam deliver.

Pukul 9.45 pg da rasa tak tahan sangat. Ckp kat nurse dah x boleh tahan sgt dah ni. Nurse check tgk2 dah bukak 9 cm. Terus panggil dokter masuk. Sambil tuh dia suh teran bila sakit. Apa lagi memang sekuat hati la teran. Memula tak reti asik terkeluar suara je bila push tuh. Dokter kata simpan suara tapi teran sekuat hati. Baru de progress kepala baby nak keluar. Dokter suh curi nafas masa push. Haruslah x reti kan. Tgk2 heartbeat baby dah makin lemah. Dokter kata kena vacuum. Nampak je nurse keluarkan vacuum terus sekali teran sekuat hati.....uweeeeekkkkkkkk dengar suara baby.

Huh lega yg teramat. Dokter terus letak baby yg kaler biru purple tu dgn darah2 atas dada saya. Subhanallah....itu je terucap pertama kali dapat pegang baby. Tak berenti mengucap syukur Alhamdulillah dah selamat lahirkan dia. Inchik suami kat sebelah pun nampak mengalir air matanya terharu. Tepat jam 10.12 pg 2 Jun 2011 baby perempuan saya lahir.

Lebih kurang jam10.45 pg keluar dari labor room masuk wad. So itu la pengalaman yg mmg x kan boleh lupe punye. Semua ibu pun macam tu jugak rasanya. Hilang semua sakit bila nampak baby keluar. Syukur Alhamdulillah dah selamat semuanya. Nak haplod gambar baby x reti plak guna HTC ni. Nnt la bila guna laptop sy haplod muka baby Wan Sofya Miasara :)

6 comments:

  1. tahniah again marini..seronok kan dh jd ibu :) enjoy the moment k..mia sgt chumelll!!
    baru aku perasan..kronologi ko nk melahirkan lebih kurang sama je ngn aku.waktu ko sakit,waktu ko beranak..sama je.huhuu cuma beza aku punya show darah dulu,smpai spital bru air kuar.baby pn lahir kul 10.15 am.

    ReplyDelete
  2. marini, congrats!! tumpang happy sgt2~~~~

    weh kiranya x sempat nak vacum ko dh teran & bby kuar ek? haha xleh imagine wacha kekalutan mlm tuh.. org laki mmg camtu kot.. huhuuu

    ReplyDelete
  3. tahniah beb.
    dh jd mummy dh ko.
    jeles ni. ;)

    saspen la dgr cite org nk b'salin ni.
    xleh nk byg camne keadaan time tu.
    kena rasa sndiri aa br tau kan.
    uhuhuuhuhu.

    ReplyDelete
  4. Xyhan - mesti ko terigt balik ssaat2 itew kan. Sebenarnya da nak panik gak bl turun air tu tp buat2 cool dpn wacha.hehe
    Jure - tq. Alhamdulillah dah selamat. Ni tgh tggu yana kat dlm labor room skang.

    Ninie - first timer confem gelabah. Dah la x expect kuar awal. Dokter tu psiko aku agaknya nak suh bagi kuat semangat sket utk teran. Taktik yg menjadi la. hahaha

    Piniz- masanya akan tiba juga nanti. Skang ni enjoy la moment preggy. Tp insyaAllah kita org pompuan ni boleh menanggung sakit bersalin tuh. Allah tu tahu tahap ketahanan kita. Wpun waktu aku sakit tu sampai terlintas biarla mati syahid sbb dah nak give up dah. Haha kelakar bila pikir balik meracau ntah apa2 masa tuh. Ayat kursi pun dah tonggang terbalik baca

    ReplyDelete
  5. I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
    liver already present. I started on antiviral medications which
    reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
    became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
    ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
    treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
    the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
    treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.

    ReplyDelete