Hari ni dah genap 22 hari umur Wan Sofya Miasara. Agak lama jugak tidak menghapdet blog ni ye. Banyak benda nak tulis tapi mcm x de masa je. Dah mula kena belajar manage timing la pas ni. Sebabnya since last Monday saya dah ada di rumah sendiri berpantang sendiri. Sekejap je dok kat kampung pastu terpaksa balik sini sebab mommy nye de masalah kesihatan.
Sebab utama terpaksa balik sini ialah 5 hari lepas melahirkan Sofya, satu badan mommy ni naik rashes yg sgt la menakutkan. Memula naik satu dua je bintik2 halus merah tapi lelama merebak dengan dasatnye sampai mak kat kg pun naik takut tgk. Mak pun tak berani nak memandai2 bagi mkn ubat kg ke apa. So mak suh balik kl jumpa balik dokter takut allergic ngan bius ke apa ke. Kalau nak kata allergic ngan mknn rasanya x de la mkn apa sgt. Dah nama pun berpantang kan.
Me and hubby search kat internet and we found that ada satu penyakit ni yg attack org mengandung dan org lepas bersalin - PUPPP Rashes. Ada kaitan dengan hormon. Kebanyakkan nye kena masa mengandung and it will be gone rite after deliver the baby. But some cases show that ada jugak yg kena lepas bersalin disebabkan perubahan hormon untuk back to normal. Memula kena tuh rasa nak pengsan je. Gatal gile + pedih bagai. Hari2 tak boleh tido malam tambah pulak masa dok kat kg cuaca panas lagi la memburukkan keadaan. Nasib baik la tak berjangkit kat baby. Kalau tak, tak tau la cane lagi teruk agaknya. So balik la kami semula ke KL. Jumpa dokter tapi agak mengecewakan bila didiagnos sebagai allergic ngan makanan. Nak bertekak jugak ngan dokter tu hrtu sebab tak check betul2 terus buat assumption. Dan bila kita mention psl PUPPP tu dia blur mcm x pernah dengar. Tapi ikut je lah cakap dokter kan. Kerja dia, dia lagi tau kan.
Ubat yang dia bagi pun x berani nak mkn. Ubat allergic kena telan 6 biji sekali mkn. Kotnye aku bukan allergic ngan mknn cane? tak pasal2 je kan. Risaukan kesan kat baby lagi satu hal. Sudahnya guna ubat sapu dia je utk kurangkan gatal tu. Tgk gaya mcm dah berkurang sket rashes tuh cuma yg tak tahan nak tgk parut di sana sini yg tersangat la hodohnye. Walaupun kulit ai ni x berapa nak cerah but still nampak jugak la parut2 tuh. Haihhh pas ni nak kena pk utk hilangkan parut plak.

Macam ni la rupa kaki saya bila kena rashes tuh.
(ni bukan kaki sebenar sy tapi lebih kurg mcm ni la teruknya)
Dan bila dah balik umah sendiri pandai2 je la berpantang. Kena la buat2 pandai mandikan baby, berjaga tengah malam sebab baby meragam (kat kg mak yg berjaga malam hehehe), masak mknn org berpantang dsbg...Letih tuh memang letih la nak2 bila si kecik ni ada masanya meragam x mo tdo langsung sampai ke pagi. Dah dekat kul 7 ke 8 pg baru dia tdo. Maknya pun pengsan sekali. Pastu mula la jadual mkn lari tunggang terbalik. Perut mula masuk angin, kepala pening badan lesu tapi kena kuatkan hati jugak utk si kecik ni. Kena la pandai2 nak hidup. Tapi alhamdulillah setakat ni x de la nak stress ngan keadaan mcm ni. Masa memula naik rashes tu je rs tertekan sket. Tapi skang ni dah redha dah. Tggu je la insyaAllah nanti mesti ok punye. Anggap la ni satu dugaan kan. Tapi mengadap muka baby hari2 boleh buatkan mommy lupa semua rs ketidakselesaan ni. Dan baby pun dah besar sket. Semalam timbang sendiri baby dah 3 kg dan panjang dah bertambah 2cm jadi 50 cm. :) (x boleh lagi menghapdet gamba baby, laptop inchik suami ni x leh plak nak ditransfer gambar dr hp ku itew. adehhh)
Hi Marini..kagum sehhh ko berpntang sndiri utk anak first nih..hope sume dipermudahkan k..rashes hilang..bby ok tak meragam..all the best!!..=)
ReplyDeleteSeksa,gak rasa dok sorg2 ni. Nak wat cano mak aku ade komitmen lain kat kg. Mak mertua keja. So pepandai sendiri la. Kena,la bertabahkan hati :)
ReplyDeletemarini..u can do it! aku pon masa 1st baby dulu berpantang kt kpg 14 ari jek, pastu blk umah sendiri pandai2 sendiri jugak. fuh..mencabar! get well soon k;)
ReplyDeleteMarini, aku aritu pon kne gk rashes, tp x teruk.. Terus aku stop jamu, wpon aku xtau apa punca rashes tuh.. Takutla tgk bdn cmtu.. Last2 baik cmtu je.. Weh, ko bpantang brp ari ni? Tabahnye bpntang sorg2.. Kagum ahhhh..
ReplyDeleteI was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
ReplyDeleteliver already present. I started on antiviral medications which
reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.