Salam Ramadhan..dah masuk hari ketiga dah. Ssetakat dua hari ni berjaya dengan azam baru
-----> pegi bazar Ramadhan setakat nak beli kueh je. Jangan beli yang lain2. NVA. Rasa macam tak yakin gak ngan azam baru ni, tapi takpe, boleh cuba kan. Enche suami la yang paling gumbira dgn azam baru aku ni sbbnya selalu sangat beli macam2 tapi makan sketnye. Sudahnya dia yang kena habiskan makanan tuh. Kesian kan..
Actually, semalam je baru pegi. Masa first day, semuanya homemade hehehehhe. Agak nak tergadai jugak ye azam baru itew bila tgk ayam percit, murtabak, papa&mama john (refering to bazar Wangsa MAju). Tapi dengan semangat yg kuat aku berjaya beli 3 keping popia basah JE. Diulangi 3 KEPING popia basah JE!!! berjaya!!! berjaya!!! berjaya!!!! yeay!!!
Actually, semalam je baru pegi. Masa first day, semuanya homemade hehehehhe. Agak nak tergadai jugak ye azam baru itew bila tgk ayam percit, murtabak, papa&mama john (refering to bazar Wangsa MAju). Tapi dengan semangat yg kuat aku berjaya beli 3 keping popia basah JE. Diulangi 3 KEPING popia basah JE!!! berjaya!!! berjaya!!! berjaya!!!! yeay!!!
Cerita lain pulak:
Oklah, bukan nak cerita pasal pegi bazar tu. Semua org pun pergi bazar jugak kan. Sebenarnya a few days sebelum sambut puasa me and enche suami telah bercuti2 Malaysia yeaaahaaaaa.. Official honeymoon (dah 2 tahun kawen dah) bak kata enche suami. Kalau sebelum ni setakat pergi hotel satu malam, lepak makan pastu balik. Tapi kali ni ada xtravaganza sket..:P
Tak pergi jauh pun. Dekat je ngan umah kat kampung tu. Kitorg drive dalam 30 minit dari umah kat Ramuan China Besar tu ke Avillion Admiral Cove. At first nak pergi water challet, tapi penuh maybe ramai yg sambut anniversary kat situ kot. Ramai agaknye yg kawen tarikh sama macam kitorg 080808 (tersipu malu sensorg apa kes??) Kitorg stay kat situ 2 malam. Dan rasa tersangatlah berbaloi-baloinya...Sampai terkeluar la perkataan "the bestest ever" pada enche suami. Terima kasih sayang belanja cuti-cuti kali ni. Walaupun hasrat asal nak pergi ke Tanjong Jara tapi harganya mak aiiii tercekik tengkuk nak bayar. Tak pelah. Yang tu kita reserve bila dah tua2 nanti yek. Hmmmm...
Tak pergi jauh pun. Dekat je ngan umah kat kampung tu. Kitorg drive dalam 30 minit dari umah kat Ramuan China Besar tu ke Avillion Admiral Cove. At first nak pergi water challet, tapi penuh maybe ramai yg sambut anniversary kat situ kot. Ramai agaknye yg kawen tarikh sama macam kitorg 080808 (tersipu malu sensorg apa kes??) Kitorg stay kat situ 2 malam. Dan rasa tersangatlah berbaloi-baloinya...Sampai terkeluar la perkataan "the bestest ever" pada enche suami. Terima kasih sayang belanja cuti-cuti kali ni. Walaupun hasrat asal nak pergi ke Tanjong Jara tapi harganya mak aiiii tercekik tengkuk nak bayar. Tak pelah. Yang tu kita reserve bila dah tua2 nanti yek. Hmmmm...
Kitorg amik package yang agak special sket dari yg kebiasaannya. Stay 3 hari 2 malam di executive suit, naik cruise tgk sunset plus candle light dinner. Dengan harga yang kitorg dapat tuh rasa mmg berbaloi la plus dengan banyaaaakkkkk masa spent together-gether.. Sangat suka..
Ni kat lobi hotel. Rasa macam syiok je lepak kat sini sebab memang sengaja hotel tuh tak pasang aircond and bukak tingkap luas-luas. So terasa la angin laut yg sangat segar sambil boleh tengok cruise-cruise keluar masuk.
Aku pun sama jugak la melepak kat situ...nak baring mcm segan pulak. x leh cover muffins la..heheh
Kitorg tambah lagi aktiviti samping ---> naik beskal..dah lama seh tak naik beskal. Terhuyung hayang jugakla memula nak kayuh tuh. Memula nak naik satu beskal je nak suh enche suami carry. Tapi memandangkan saiz aku yang dah bertambah "chomell" ni, hmmmm tak payah la sayang. Kang buat sakit belakang je. Tak pasal-pasal...
Tapi dapat jugak la bergambar berdua ala-ala di carry oleh enche suami.. :)
Kitorg dengan basikal masing-masing berlatarbelakangkan pantai...
Macam tak konfiden je laki aku kayuh beskal ni..(oppss sorry sayang terkutuk plak :P )
Aku pun 2x5 gak la. Tak konfiden gak nak bawak :P
Memang rasa seronok gile la dapat bawak beskal bila dah tua-tua ni kan. Dapat bawak kat tepi pantai, naik bukit, masuk hutan..pastu dapat kayuh laju2 berlumba ngan enche suami. Haruslah aku yang menang!!!! seriously best gile!!!! (bukan part yg aku menang tapi part berbasikal dengan orang tersayang, rasa macam argghhhh memang best la!!!)
Pas dah seronok2 berbeskal tuh, kitorg naik cruise pulak. Memang excited gile nak naik sebab jarang-jarang dapat peluang mcm ni kan.
Tapi masa naik cruise agak terganggu ye kerana kemabukan tgk laut..Adehhhh pengalaman masa di OBS Lumut dulu tak membantu langsung. Still mabuk tak boleh bangun bila kapten tu matikan enjin and pasang layar sbb angin kuat bila dah petang-petang tuh. Memang tak boleh bangun la. Aku mmg dah tak segan dah ngan org lain kat atas tuh. Ambil bantal besar (diorg sediakan) pastu baring mengadap langit. Terlepas la tgk sunset. Enche suami je yang menikmati sunset tuh.. Rugi...rugi...rugi...
Ni masa baru nak gerak..
Ada jugak orang lain yang join. Makcik2 dan pakcik2 dari Singapore..
Bersantai relax tak hengatnye...ngeeeee
Duduk sopan + ayu sebab agak takut jugak masa mula bergerak tu. Macam nak terjatuh je rasa
Minum air oren untuk hilangkan kepeningan yang dah mula rasa...buweeekkkk
Oooohhhh... sayang begitu rilek sekali ye...sib baik kat PD takdak jerung. Kalo tak dah kena ngap dah kaki tuh....
Ni dia muka orang yang dah kemabukan laut...adehhh memang tak boleh tahan la..adoihaiiii
Sayang sempat gak snap gambar sunset. (imej kurang menarik due to technical prob and lack of skill :P)
Ni dah otw nak balik. Bila kapten pasang balik enjin, dah ok balik dah. tak pening lagi..
Ni rupa hotel tuh bila dah malam....
(ada terasa macam sang princess yang nak g istana dan ada prince charming sedang menunggu cewahhhhh...berangan la ko marini. Ni prince charming ko dah menunggu kat sebelah ni ha ngeeee)
Kitorg sampai balik kat hotel dah gelap dah. sempat jugak snap gamba hotel dari atas cruise tuh. Then malamnya, bersiap-siap pulak untuk cadle light dinner. Tak banyak sangat ambil gambar sebab nak enjoy the moment yang baru pertama kali lah merasa after 12 years (10 thn kawan + 2 thn kawen) bersama enche suami.
Ni dah abis soapn dah gigit daging ni...hahhahahhaha
Sayang makan lagi sopan. Kemam-kemam mulut je..hahahhahahha
Muka kitorg tak nampak pun. Nampak lilin je. Nama pun candle light dinner kan ehehhehe...Oklah itu lah serba sedikit kisah honeymoon yang sendiri rasa sangat lah seronoknya. Enjoy every moment with sayang. (sekarang ni rasa mungkin ada hikmah jugak kitorg belum ada baby. Mungkin Allah nak bagi banyak lagi masa untuk kami berdua. To sayang, lets enjoy masa2 berdua yang kita ada ni kan sayang. mmmmuahhhh)
p/s - pada yg rasa menyampah membaca tuh, mintak mahap la ye. Ini sekadar meluahkan kegembiraan aku bersama org tersayang. Lain kali jangan bukak blog ni kalau baca setakat nak rasa menyampah. Buat dosa kering jek. Sorry, tak refer pada sesiapa pun. Pada yang terasa mintak mahap ye.
best..best..
ReplyDeletexrasa menyampah pun.
happy for both of you..
semoga korg murah rezeki selalu :)
oitttt!!!aku jeless nihhhh!!!!!!
nk gak naek kapal wehhhhh romentik2 ;p
oohhh sila lah naek kapal cik xyhan pun..memang sagt syioookkkkkkkkk!!!!! aku rasa untuk dua tahun sekali ok lah. untuk sumthin yg special x salah kot...hehehhehe. bila bleh dtg umah aku weh?
ReplyDeletegile best makcik!!
ReplyDeletepart nek kpal tu ish jelesnye!!!
nak jugak!!!!
beb..bile nk mkn2 ni?mtk2 jgn mgu ni..aku blik mlka hihihi
hahaha seronok banget dey...
ReplyDeletetu dia konsep yg aku suka..xkire dekat ke jauh tpt nye...tp yang penting enjoy!
wakakakka aku glak terguling2 bace ayat inche wancha makan kemam2..ooppss sori..aku terasa lawak gila..cover2 plak korang ni..cam first taim deting plak..
ReplyDeletesyiok weh dapat coti2 camni! haah tul cakap yunne..dekat ke jauh ke, janji enjoy..
ni kat pd ke?cam syiok gilaaa!
happy anniversary to cik reen n wancha
nanti aina dah besar, nak bawak ronggeng dekat sini pulak. hehehehhe.
ReplyDeletenice view!!!!
I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
ReplyDeleteliver already present. I started on antiviral medications which
reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.