Wednesday, March 10, 2010

disahkan tidak waras??? hmmm..

ooh sgt lama tidak menjengah blog ini ye. kemalasan tahap dewanya nak menghapdet pape kat sini. bnyk cerita tp jeri-jemari yg mulus ini (mulus keh??? :P) tersangat la beratnye nak menaip. tambah pulak keje2 kat ofis nih yg dah ber "+" (1 of my kawan ofis ni g kursus panjang) so paham2 je la.

Sampai la mlm td dok sorg2 kat ruang tamu tgk buletin utama. kuar cerita psl kawan mozac dulu....mula2 dgr citer nih thn lepas bulan September kalo tak silap. pastu lama senyap x tau pe jadi tup2 mlm td kuar berita. keputusan mahkamah yg agak menyedihkan tp aku rs keadaan tuh yg menyelamatkan dia dr kene hukuman yg lagi berat. Td bukak utusan online so berita dia lebih kurang camni la:

PETALING JAYA 10 Mac - Anak bekas setiausaha sulit seorang kenamaan dilepaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini daripada tuduhan melakukan ugutan bunuh terhadap bapanya selepas dia disahkan tidak waras (emm yg nih aku agak musykil) semasa kejadian.

Majistret Aishah Hijriah Arshad memutuskan demikian selepas meneliti laporan perubatan tertuduh, Muhammad Ezra Rusli, 28, yang dikeluarkan oleh Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak.

Beliau bagaimanapun memerintahkan tertuduh ditempatkan di sebuah tempat yang selamat dan dihantar ke hospital berkenaan sehingga mendapat perkenan daripada Sultan Selangor.
Keputusan tersebut dibacakan oleh Pendaftar Mahkamah, Latifah Ibrahim kerana Aishah sedang bercuti.

Muhammad Ezra sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengugut membunuh dan mencederakan bapanya, Rusli Abd. Malik, 61, menggunakan sepucuk pistol jenis Glock.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di C2-07, D'Shire Villa, Jalan Camar 4/1, Seksyen 4, Kota Damansara di antara pukul 3.30 petang dan 5 petang, 5 September tahun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Choo Hueay Ting mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi kes ugutan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi tuduhan mencederakan, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Sepanjang kes pendakwaan, seramai tiga saksi dipanggil memberi keterangan iaitu pengadu yang merupakan bapa tertuduh, pegawai penyiasat dan seorang anggota polis.

Muhammad Ezra yang diwakili peguam bela, S. Selvi turut menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 di Mahkamah Sesyen di sini kerana didakwa memiliki sebutir bom tangan di rumahnya.
So itulah beritanya. Nak percaya, macam x percaya jugak. x tau ape sebenarnye yg jadi. mamat nih ms kat skola dulu tak la ganas sgt aku rs. tp x tau lah apa jadi kat dia lepas waktu skola kan sbb lost contact x dgr ape2 pun dah citer psl dia. Tp aku rs bila dia dikatakan tidak waras, automatik hukuman jd ringan. ade bagusnye jugak. kalo tak bape tahun la kene penjara agaknya kan. Aku tggu gak sampai berita tu habis kot2 ade tunjuk muka dia ke, tp x kuar pun. (takut gak entah2 salah org kebetulan nama serupa ) agak termalu sendiri jugak ye kalo begitu..papepun doakan je la yg terbaik utk dia.

4 comments:

  1. beb-kalo boleh biarla aku ni sbenarnya salah org. haraplah sebenarnya kebetula nama je serupa. setakat nih mmg x tau pun muka mamat tuh cane. boleh tak aku ckp 50-50 yg itu adalah budak skulah aku.. (cuba utk x nak terima kenyataan)..

    ReplyDelete
  2. marini, aku pon cam tunggu gak kot2 ade tjuk muka die.. aku doakan yg terbaik je utk die.. sgt2 x percaya benda camni blh jd kat die..

    ReplyDelete
  3. I was diagnosed as HEPATITIS B carrier in 2013 with fibrosis of the
    liver already present. I started on antiviral medications which
    reduced the viral load initially. After a couple of years the virus
    became resistant. I started on HEPATITIS B Herbal treatment from
    ULTIMATE LIFE CLINIC (www.ultimatelifeclinic.com) in March, 2020. Their
    treatment totally reversed the virus. I did another blood test after
    the 6 months long treatment and tested negative to the virus. Amazing
    treatment! This treatment is a breakthrough for all HBV carriers.

    ReplyDelete