(oppss x de sapa leh komen kat sini kan. sesapa yg baik hati meh la tlg pm kat inbox FB i cemana cecara nak betulkan bendalah ni. enche suami cadangakn terminate je blog ni pastu buat blog baru> erkkk??)
Thursday, July 14, 2011
mengong...mengong...mengong...
tensi la ngan blog ni. apsal org x leh nak komen ek?, yun- aku dah check kat comment nye setting x de yg berubah pun. seyes aku x godek pape pun tetiba je jadi cenggini. mak menci la camni!!!! patutnya hari2 bleh menghapdet (i kan surirumah skang) tp blog yg mengong ni telah mematikan mood i nak menulis ...sesapa bleh tlg tak ???
Monday, July 4, 2011
Kena tinggal..
Hmmm... dah 2 minggu berturut2 asik kena tggl je ngan inchi suami. Sian Sofya. Rindu kat papa dia. Ye ke Sofya yg rindu ke mamanye??? ehehe..dua2 la rindu kat papa. Tak tau la sejak ada baby ni sensitif terlebeh sudaaa... Kalah masa ngandung dulu. Actually masa ngandung pun slalu kena tggl gak ngan inchi suami tapi x kesah pun. Skang ni bila tggl berdua rasa macam lost aje. Macam x de semangat je nak buat apa2. Cuma buat benda rutin. Susukan baby, mandikan baby, tdokan baby. Utk mak nye plak cuma buat rutin org berpantang. Selebihnya melepek je depan tv menunggu bila la papa nya nak balik. Pastu rasa sayu je hati ni bila kena tggl. Walaupun happy ngadap baby hari2 tapi bila papanya takda mama rasa mcm x best sgt. Padahal lebih kurang je waktu inchi suami pegi kerja hari2. Bape jam je jumpa dia sbb dia slalu balik lambat skang ni. Tapi at least dapat gak jumpa, sembang walaupun sekejap. Entah la..mungkin sbb dah bosan dok umah sorg2 x de kawan nak cakap kot...uhuk..uhuk..uhuk...
Dah la x de mood nak sambung. Dah kul 12.00 mlm dah. Sofya dah hek..hek..nak g bagi mkang dia.
(n3 yg x de motif)
Thursday, June 30, 2011
kena cucuk
Harini genap Sofya (mama & papa ) / Mia ( org lain pggl) 29 hari. Harini gak 1st appointment Sofya utk kena cucuk hepatitis B dos kedua. Nasib baik klinik bg appointment ptg khas utk baby umur sebulan. Sofya dpt giliran no.2 Alhamdulillah. Mmg awal gle dtg td sbb papanya x dpt nak half day pun. Sibuk sgt dgn keja.
Dan seperti biasa budak tecit ni kalo siang tdo manjang. Sib baik mama sempat kejut sblm gerak ke klinik utk bg nyusu dia. Masa kena cucuk dia hek..hek.. sket je pastu sambung tdo balik. Haihhh ikut perangai sapa la anak mama ni kuat tidoq sungguh.
Pastu timbang berat. Skang dah 3.2kg. Masa lahir 2.7kg. Panjang bertambah 4cm jadi 52cm drpd 48cm ms lahir. Ukur lilit kepala naik 4 cm gak drpd 32 ke 36 cm. Alhamdulillah. Dah besar sket anak mama ni. Tp nurse tu ckp berat dia sket sgt naik. Nanti kena monitor. Ada sesapa tau tak bape sepatutnya naik berat baby dari lahir hingga sebulan. Naik setengah kg tu x cukup ek. Rsnya da banyak da bg dia nyusu. Mula la mama rs x best ni. Anyone yg da ada anak tu mai share info sket. Tq :)
Dan seperti biasa budak tecit ni kalo siang tdo manjang. Sib baik mama sempat kejut sblm gerak ke klinik utk bg nyusu dia. Masa kena cucuk dia hek..hek.. sket je pastu sambung tdo balik. Haihhh ikut perangai sapa la anak mama ni kuat tidoq sungguh.
Pastu timbang berat. Skang dah 3.2kg. Masa lahir 2.7kg. Panjang bertambah 4cm jadi 52cm drpd 48cm ms lahir. Ukur lilit kepala naik 4 cm gak drpd 32 ke 36 cm. Alhamdulillah. Dah besar sket anak mama ni. Tp nurse tu ckp berat dia sket sgt naik. Nanti kena monitor. Ada sesapa tau tak bape sepatutnya naik berat baby dari lahir hingga sebulan. Naik setengah kg tu x cukup ek. Rsnya da banyak da bg dia nyusu. Mula la mama rs x best ni. Anyone yg da ada anak tu mai share info sket. Tq :)
Thursday, June 23, 2011
Berpantang sendiri
Hari ni dah genap 22 hari umur Wan Sofya Miasara. Agak lama jugak tidak menghapdet blog ni ye. Banyak benda nak tulis tapi mcm x de masa je. Dah mula kena belajar manage timing la pas ni. Sebabnya since last Monday saya dah ada di rumah sendiri berpantang sendiri. Sekejap je dok kat kampung pastu terpaksa balik sini sebab mommy nye de masalah kesihatan.
Sebab utama terpaksa balik sini ialah 5 hari lepas melahirkan Sofya, satu badan mommy ni naik rashes yg sgt la menakutkan. Memula naik satu dua je bintik2 halus merah tapi lelama merebak dengan dasatnye sampai mak kat kg pun naik takut tgk. Mak pun tak berani nak memandai2 bagi mkn ubat kg ke apa. So mak suh balik kl jumpa balik dokter takut allergic ngan bius ke apa ke. Kalau nak kata allergic ngan mknn rasanya x de la mkn apa sgt. Dah nama pun berpantang kan.
Me and hubby search kat internet and we found that ada satu penyakit ni yg attack org mengandung dan org lepas bersalin - PUPPP Rashes. Ada kaitan dengan hormon. Kebanyakkan nye kena masa mengandung and it will be gone rite after deliver the baby. But some cases show that ada jugak yg kena lepas bersalin disebabkan perubahan hormon untuk back to normal. Memula kena tuh rasa nak pengsan je. Gatal gile + pedih bagai. Hari2 tak boleh tido malam tambah pulak masa dok kat kg cuaca panas lagi la memburukkan keadaan. Nasib baik la tak berjangkit kat baby. Kalau tak, tak tau la cane lagi teruk agaknya. So balik la kami semula ke KL. Jumpa dokter tapi agak mengecewakan bila didiagnos sebagai allergic ngan makanan. Nak bertekak jugak ngan dokter tu hrtu sebab tak check betul2 terus buat assumption. Dan bila kita mention psl PUPPP tu dia blur mcm x pernah dengar. Tapi ikut je lah cakap dokter kan. Kerja dia, dia lagi tau kan.
Ubat yang dia bagi pun x berani nak mkn. Ubat allergic kena telan 6 biji sekali mkn. Kotnye aku bukan allergic ngan mknn cane? tak pasal2 je kan. Risaukan kesan kat baby lagi satu hal. Sudahnya guna ubat sapu dia je utk kurangkan gatal tu. Tgk gaya mcm dah berkurang sket rashes tuh cuma yg tak tahan nak tgk parut di sana sini yg tersangat la hodohnye. Walaupun kulit ai ni x berapa nak cerah but still nampak jugak la parut2 tuh. Haihhh pas ni nak kena pk utk hilangkan parut plak.

Macam ni la rupa kaki saya bila kena rashes tuh.
(ni bukan kaki sebenar sy tapi lebih kurg mcm ni la teruknya)
Dan bila dah balik umah sendiri pandai2 je la berpantang. Kena la buat2 pandai mandikan baby, berjaga tengah malam sebab baby meragam (kat kg mak yg berjaga malam hehehe), masak mknn org berpantang dsbg...Letih tuh memang letih la nak2 bila si kecik ni ada masanya meragam x mo tdo langsung sampai ke pagi. Dah dekat kul 7 ke 8 pg baru dia tdo. Maknya pun pengsan sekali. Pastu mula la jadual mkn lari tunggang terbalik. Perut mula masuk angin, kepala pening badan lesu tapi kena kuatkan hati jugak utk si kecik ni. Kena la pandai2 nak hidup. Tapi alhamdulillah setakat ni x de la nak stress ngan keadaan mcm ni. Masa memula naik rashes tu je rs tertekan sket. Tapi skang ni dah redha dah. Tggu je la insyaAllah nanti mesti ok punye. Anggap la ni satu dugaan kan. Tapi mengadap muka baby hari2 boleh buatkan mommy lupa semua rs ketidakselesaan ni. Dan baby pun dah besar sket. Semalam timbang sendiri baby dah 3 kg dan panjang dah bertambah 2cm jadi 50 cm. :) (x boleh lagi menghapdet gamba baby, laptop inchik suami ni x leh plak nak ditransfer gambar dr hp ku itew. adehhh)
Tuesday, June 7, 2011
betul2 satu pengalaman haibat!!!!
Salam and hi...
Hihihihi finally I am officially a mother now. Tak tergambar perasaan itu selepas menanti beberapa tahun. Kalo ikut ticker baby kat tepi blog ni sepatutnya saya masih lagi counting the days to deliver the baby tp kuasa Allah anak yg dikandung lahir 11 hari awal dari jangkaan. Tak dapat sama birthday papa dia 13 jun. Kalo tak ni jadi hadiah birthday inchik suami la. Kira jugakla walaupun awal.
Cane tetiba boleh terkeluar budak tecit ni ye? Alkisahnya lebih kurang kul 11 malam 1 jun 2011 masa da nak tdo saya dah rasa sakit-sakit tapi buat biasa je sebab saya mmg dah start rasa sakit contraction seawal mggu ke 28 lagi. So I thought its a normal pain. Tapi hati ada juga terdetik entah2 it's the time dah kot sbb baby aktif terlampau mlm tuh. Tak berenti langsung bergerak.
Dalam sakit2 tu boleh juga lena. Pukul 2 lebih saya terjaga tersentak dgn sakit yg kuat kat bhgn bawah perut. Pegi toilet tgk ade sedikit tompokan darah. Jeng...jeng...masanya dah tiba. Saya kejut hubby ckp kat dia kita dah kene g hospital kot. Boleh dalam mamai dia jwb sure ke da kena pegi. Kot2 bukan kang malu je. Haishhh geram plak ngan inchik suami waktu tu.
Tapi hati kuat rasa nak bersalin dah. Saya bangun. G masak air. Pack mana2 barang yg x abis pack. Jalan2 keliling umah. Da dekat kul 3 dah sakit selang 5 minit. Terasa ada banyak air keluar. Konfius sbb x sure air ketuban ke shishi. Tapi non stop. Baju tdo dah lencun da. G toilet cium x de bau shishi pun. Sah air ketuban. G kejut hubby lagi bgtau dia air da banyak keluar. Baru menggelupur dia bangun. Pastu kalut keluar ke dalam panik x tau nak buat ape. Kelakar tgk dia masa tuh. Tapi saya masih boleh jalan lagi. Tukar baju siap2. Buat air milo panas. Makan roti dgn nuttella (takut nnt x sempat da nak mkn) mkn kurma sket ngan air zamzam. Kul 4.30 pg grk g hospital.
Otw kena tahan polis kat area damansara sbb bwk laju. Nasib baik alasan kukuh x kena saman. Sampai hospital dlm kul 5 terus masuk labor room. Masa ni leh gelak2 lagi sambil sembang. Nurse psg ctg. Bila contraction lebih bacaan 50 saya da mula berpeluh tapi bertahan x mo amik ape2. Tapi bila cecah 70 dah rasa x boleh tahan dah. Terus mintak epidural tapi nurse kata kena tggu. Dokter otw katanya. Dari pukul 6 tggu tak sampai2 dokternye sampaila da kul 9. Dokter check dah bukak 5 cm tapi masa tuh subhanallah mmg da meracau2 da rasanya. MIL pun dok tggu dlm labor room. Tak dan nak salam pun. Nampak muka dia pun sayup2 je. Hubby kat sebelah pun dah x dgr suara dia ckp ape. Nurse inject tahan sakit ape ntah namanya. Lalok sekejayp2. Doctor kata dari kul 9 tuh mungkin lagi 2 jam deliver.
Pukul 9.45 pg da rasa tak tahan sangat. Ckp kat nurse dah x boleh tahan sgt dah ni. Nurse check tgk2 dah bukak 9 cm. Terus panggil dokter masuk. Sambil tuh dia suh teran bila sakit. Apa lagi memang sekuat hati la teran. Memula tak reti asik terkeluar suara je bila push tuh. Dokter kata simpan suara tapi teran sekuat hati. Baru de progress kepala baby nak keluar. Dokter suh curi nafas masa push. Haruslah x reti kan. Tgk2 heartbeat baby dah makin lemah. Dokter kata kena vacuum. Nampak je nurse keluarkan vacuum terus sekali teran sekuat hati.....uweeeeekkkkkkkk dengar suara baby.
Huh lega yg teramat. Dokter terus letak baby yg kaler biru purple tu dgn darah2 atas dada saya. Subhanallah....itu je terucap pertama kali dapat pegang baby. Tak berenti mengucap syukur Alhamdulillah dah selamat lahirkan dia. Inchik suami kat sebelah pun nampak mengalir air matanya terharu. Tepat jam 10.12 pg 2 Jun 2011 baby perempuan saya lahir.
Lebih kurang jam10.45 pg keluar dari labor room masuk wad. So itu la pengalaman yg mmg x kan boleh lupe punye. Semua ibu pun macam tu jugak rasanya. Hilang semua sakit bila nampak baby keluar. Syukur Alhamdulillah dah selamat semuanya. Nak haplod gambar baby x reti plak guna HTC ni. Nnt la bila guna laptop sy haplod muka baby Wan Sofya Miasara :)
Thursday, May 19, 2011
Apa yang aku rasa sebenarnya ???
It's already 1 am but these eyes masih buntang lagi. Cik abang kat sebelah dah hanyut sampai mana agaknya. It has been a week since my last n3 yg penuh emosi tu. I didn't know what im thinking at that time. Sedih x tentu pasal. Tapi mmg la mcm2 perasaan dtg sekarang ni. One of the reason I cannot sleep rite now is because suddenly terfikir mcm mana sebenarnya rasa sakit bersalin tu ye. Dah ready ke aku ni mentally and physically nak mengadap saat2 bersalin tuh. Both my sisters say dont bother about it too much because if u kept thinking of how terrible is the pain, it wud be more difficult to deliver the baby. Diorg ckp masa da dekat nak deliver tuh cuba bayangkan macamana rupa baby yg akan keluar then our mind will get distracted drpd pikir psl sakit je. Tapi kalau dah betul2 sakit boleh ke pikir benda lain???
Lagi satu ada ke cara nak legakan sakit contraction tuh sblm kita betul2 meneran nak keluarkan baby. Kan berjam-jam sakitnya kan. Mcm sekarang ni bila dtg rasa sakit (contraction ala-ala manja) tu aku suh enche suami tekap my lower back tu dgn tapak tangan yg panas lebih kurang mcm tuam la dan sgt membantu la mengurangkan rs yg tidak selesa tu. tapi nanti dah dlm labor room boleh lagi ke buat mcm tuh. rasa mcm nak beli je tungku elektrik tu bwk g spital nanti.huhuhuhu
Lagi satu ada ke cara nak legakan sakit contraction tuh sblm kita betul2 meneran nak keluarkan baby. Kan berjam-jam sakitnya kan. Mcm sekarang ni bila dtg rasa sakit (contraction ala-ala manja) tu aku suh enche suami tekap my lower back tu dgn tapak tangan yg panas lebih kurang mcm tuam la dan sgt membantu la mengurangkan rs yg tidak selesa tu. tapi nanti dah dlm labor room boleh lagi ke buat mcm tuh. rasa mcm nak beli je tungku elektrik tu bwk g spital nanti.huhuhuhu
Tapi excited pun ade gak. Itu of course la kan perasaan yg x boleh disembunyikan. Terasa mcm org boleh nampak je jaymuka ni betapa x sabar nye mommy nak jumpa baby. Especially bila hari2 masuk bilik baby ni lagi lagi mommy rasa x sabar. Rasanya semua barang baby da almost complete. Kalo ada satu dua yg tercicir tu pandai2 la daddy g belikan. Mommy rasa mcm dah x larat sgt nak jalan tapi tiringin nak g jalan tar nak cari baju raya. Ceh sempat lagi tu. Ada hati nak bwk perot boyot ni.hehe.
Tgk beriya beli baby cot ngan bedding set kaler pink. Sat g kalo boy, mommy letak jugak baby dlm ni. jadi metroseksual anak mommy nanti. x pe macho :)

I wish i cud leave u in this room sbb kalo boleh i want it to be your official room (macam2 mommy boleh deco kalao mommy rajin la ) tapi mesti mommy x sampai hati nak tggl baby sorg2 kat sini. Mesti mommy heret baby cot ni masuk bilik mommy nanti. Hehehe..
Tgk tu daddy dah verangan dah main ngan baby kat dlm ni. hehehhe
Ditambah pulak dengan kelahiran anak2 k. sal yang kembar tuh. haishhh lagi la x sabar mommy nak tgk cane la rtupa anak mommy ni nanti. Si kembar memang sgt cumell. geram je tgk pipi boolat2 diorg tuh.
Tgk budak tecit 2 org ni. Masa ni pun dah nampak yg sorg notty yg sorg diam jek :)
Yg abang asik tdo je yg adik asik nganga je mulut nak nyusu. Payah betul nak suh adik tdo.
Bila tgk keadaan baby yg sehat walafiat ni, lagi la mommy x sabar menunggu hari. Kadang-kadang sampai hilang ketakutan tentang rasa sakit yg bakal mommy tempuh. Ya Allah Kau permudahkanlah segala urusan ku nanti. Semoga selamat semuanya. Amin...InsyaAllah
Monday, May 9, 2011
tetiba rasa sedey..
Pejam celik sekejap je dah nak masuk minggu 36. meaning lebih kurg 4 ke 5 minggu je akan jumpa budak tecit ni. macam2 perasaan yg datang sekang ni. excited sgt nak tgk cana rupanya. will she looks more like me atau rupa daddynya. cant wait to hold her little tiny fingers. cant wait to feed her. cant wait to hug + kiss her. senang citer x sabar utk semuanya la..
tapi ada satu perasaan lagi yg mommy selalu elak utk fikir. The question that daddy like to ask me almost everyday. What wud i feel when the time comes for me to let u (baby) out from my whomb. I dont know how to answer. But everytime daddy ask me, I feel sgt sentap + tersentak knowing that one day baby will be "separated" from mommy. All this while mommy rasa bahagia+happy sgt everytime baby tendang-tendang perot mommy sampai senak sgt pun ada. But i dont mind cause i know u are close to me. Mommy tak kisah pun kalau terjaga tengah malam sebab tetiba terasa ada tendangan padu maut dari baby. But soon mommy tak kan rasa dah semua tuh. mommy dah tak rasa dah baby sedu2 kat dalam tuh. mommy dah x boleh tgk dah gelombang2 kat perot mommy ni masa baby aktif sgt. Oh my God i'm craying rite now thinking that how much i wud miss all the moments. Mommy sgt emo la sejak akhir2 ni. Tgk grafic picture about ur position in my whomb pun buat mommy sedey jugak. Sangat sempit dunia baby kat dalam tuh sampai dah terpenyek muka agaknya. Bila membayangkan ruang baby yang sempit tuh mommy rasa tak sabar nak bagi baby keluar but at the same time mommy tak sanggup pulak nak hilang semua perasaan bahagia + happy mommy sepanjang pregnant ni. Sounds like a selfish mother kan??
Semalam masa mommy lipatkan semua baju, romper, mittens and booties baby yg comel-comel tuh, mommy rasa nak nangis je tapi sebab daddy ada kat sebelah mommy tahan je lah. Tak tau kenapa mommy rasa sedey mcm ni. Maybe sebab almost 9 months mommy ada teman yg sentiasa ada dekat dengan mommy 24/7 hatta masuk dlm bilik air sekalipun. Lepas ni dah takda lagi. Walaupun lepas ni i can hold u, hugs and kiss you with all my loves tapi mesti ada masa2 nya mommy kena berpisah dengan baby kan especially bila mommy masuk keje nanti. huh...i bet semua mommy2 lain pun ada perasaan mcm ni kot bila dah nak tiba masa utk deliver. Harapnya mommy tak terlebih emosi la psl benda ni. Mungkin temporary saja kot. Once i see ur face kat dunia ni, mesti mommy dah lupa dah perasaan sedey ni. Satu lagi nanti mesti mommy rindu saat-saat daddy selalu mengadap perut mommy sambil nyanyikan lagu Sedetik Lebih tuju khas untuk baby. Mommy pun suka sgt lagu tu tapi daddy suka lagi banyak la....Pasni takkan la daddy nak menghadap lagi perut mommy yg dah kurang cantek ni kan :( Ni mommy tulis lirik lagu tu untuk baby.. (ahhhh mommy nangis lagiiii...)
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku... ku amat menyintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa...
p/s - ini adalah entry paling emo sekali pernah ditulis setakat ni. mesti ada kene mengena dengan hormon ni..
Subscribe to:
Posts (Atom)



