Sunday, May 9, 2010

WiLl NeveR StoP FigHtinG FoR My RiGht

Setiap hariku
Mohon agar Kau sentiasa
Memberiku ketenangan
Dalam hati kekuatan
Menempuhi segala
Dugaan yang mencabar ini
Pasti punya ertinya

Kau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasi gerak geriku
Kuatkanlah
Ku perlu rahmat dariMu

Oh Tuhan
Tenangkan hati dalam sanubariku
Untuk menempuhi segala
Dugaan dan cabarn

Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadaMu
Agar jiwa ku tenang dalam bimbinganMu
Selalu.....

Wednesday, April 28, 2010

.....tempoh bertenang...

semalam saya meluahkan segala yang terbuku di hati. tp alhamdulillah berjaya menagawal perasaan dari melepaskan nya kepada rakan2 sepejabat. tak seperti selalu kalo dalam keadaan kalut semua jadi mangsa tempikanku yg mcm petir kat ofis nih. terasa mcm ade perubahan baik dlm diri. hihhihihi..i loikeeee...harap2nye marini terus berubah ke arah kebaikan. dan sudah mampu menahan diri dari terus membebel bercerita masalah ofis kepada enche hubby.. sian dia selalu jadi mangsa utk mendengar ..sorry ye b...

dari pagi saya buat benda satu persatu. walaupun pg2 dah ade org call mengeluarkan kata2 kesat. x pe saya terima kesalahan di pihak kami, kami akan perbetulkan.

adakah faktor usia yg dah nak menginjak ke angka "_ _" (sila paham2 sendiri) yang membuat kita makin berfikiran waras atau pengalaman melayan kerenah pelbagai ragam manusia yang mematangkan kita? emm rsnye dua2 kot...

Tuesday, April 27, 2010

"ada aku kesah"

"sigh......................".......

apa lagi yang boleh menggambarkan apa yg aku rs waktu ini bila dah penat sagt x 8, tp org yg sepatutnya lebih bertanggungjawab buat tak tau. so ayat kat title tu " ada aku kesah" menggambarkan attitute manusia itu di saat ini . ke dr dulu lagi mmg dia dah ada habit itu. seriously 2 minggu ni saya sgt PENAAAAAAAAAATTT. utk yg agak blur kenapa saya rs mcm ni is because workload yg semakin bertimbun...

Masalahnye bermula begini. saya ada seorang bos yg kalo kita tgk kat dahi dia ada cop " ada aku kesah ngan hal2 ofis ni!!!!". so dia dah dekat setahun kat sini tp mcm x berminat ngan keje kat sini. admit tt keje kat ofis ni bukan la keje org2 glamer. bak kata dia masa mula2 masuk sini dulu, "keja u all ni sume rutin sapa2 pun buleh buat" YES BOS mmg keje kami rutin but it's not a reason for u to just step in/out frm dis office sesuka hati anytime yg kamu suka. kamu masih punya tanggungjawab terhadap anak2 buah di sini dan di bayar untuk melaksanakan tugas wpun x suka dgn keje yg x glamer ni. dibayar dgn gaji beriban2 untuk memikir, membuat keputusan, memantau, menyelia dsbg yg worth for the money kerajaan bayar pd kamu. bukannya hari2 dtg punch in kul 8.30, kuar minum sampai kul 10. kul 12 kuar balik. masuk ptg kul 3 (untung la kalo dia masuk).

tau tak bape banyak keje2 kat sini tergendala kerana attitude kamu itu. surat2 bertimbun x bersain, proses2 tak diambil tindakan sbb sumuanya perlu melalui kamu. dan tau tak sebenarnya saya dah tak larat nak menjawab soalan2 dr bahagian lain yg komplen psl ofis ni yg selalu lewat hantar tindakan, knp minit mesy x keluar lagi, kenapa ofis x keluarkan surat lagi, knp ofis x hantar maklumbalas lagi, knp claim ofis yg plg lewat hantar. tau tak telinga ni dah santak dgr bebelan dr bhgn2 lain. dan yg peliknya kenapa org2 yg komplen tu tak meluahkan komplen itu pd kamu. knp sy yg jadi mangsa utk menadah telinga mendengar semua tu. apakah ilmu yg kamu pakai sehingga semua org x berani komplen pd kamu.. tolong lah, saya bukan ketua di sini. En. X itu la ketua n pls kalo x puas hati pegi cakap kat dia terus bukan saya. saya x de kuasa utk mengarahkan dia..

hari ni saya dah x larat nak mengeluh lagi psl dia...sy penat bukan sahaja mentally tp juga physically. tolong la en bos paham. sy buat keja kamu sehingga 12 tgh mlm tp kamu x penah tgk apa yg saya buat, x semak dan kamu melalut ms presentation td. sy brief pd kamu tp kamu x nak dengar. mungkin suara sy menyakitkan telinga kamu...apa lagi sy boleh buat kalo org2 di luar sana memandang kamu dengan pandangan negatif. mesti dalam hati kamu berkata " ada aku kesah!!!!!"

pengajarannya, jgn lah saya ada attitude mcm tuh jika suatu hari sy dikurniakan pangkat dan gaji yg lebih tinggi. harapnya saya boleh menjadi insan yg bertanggungjawab yg menjalankan tugas seadanya dan menjaga anak2 buah yg sentiasa bertungkus lumus bekerja dgn kita. kalo kita penat diorg lagi penat. semua org pun penat.so fikirkanlah...

n3 ni sekadar luahan yg saya rs sbb di saat ini saya dah di tahap maximum dah give up dgn dia. mungkin sy akan delete kalo dia dah berubah menjadi insan yg lebih bertanggungjawab dgn tugas yg diberikan.harap2 nya. InsyaAllah..

Tuesday, April 13, 2010

~renungan~

Tak bererti kita tak call org tu kita tak ingat kat dia,
Tak bermakna kita tak tegur dia kita tak sayang kat dia,
Tak bermaksud kita tak rapat dgn dia kita tak pernah fikir cara utk merapatkan diri dgn dia.

Kadang kala org yg jauh beribu batu dgn kita, org yg jarang call kita, org yg jarang senyum dgn kita, org yg kita jarang jumpa, adalah mereka yg selalu dok ingat kat kita.

Bersangka baiklah dgn Allah
Bersangka baiklah dgn mereka terutama mereka yg bersangka baik dgn Allah.


Salah faham adalah lumrah dlm hidup manusia.
Tak semua org boleh baca apa yg tersirat dlm hati kita, kalau kita tak luahkan masakan mereka tahu,
Tak boleh expect org nak go after us each time, sbb kadangkala org tu assume yg kita tak mahu diganggu walaupun hakikatnya kita mahu dihujani dgn.. soalan2 i.e bertanya kabar utk menguji... sejauh mana org itu ikhlas bersahabat dgn kita
Adakah dia hanya sahabat ketika ketawa, atau dia sahabat ketika mengalir air mata

Mmg susah nak meluahkan sesuatu terutama pada mereka yg kita tidak percaya
Tapi tak slh kalau kita membuang perasaan malu dan bercerita
Mungkin mrk dah tahu cerita kita sebelum kita ceritakan lagi
Tapi mereka tunggu kita bercerita sendiri
Sbb nnt kalau silap tanya mrk akan dikata busy body
Walhal mrk hanya mahu membantu apa yg terdaya


Hidup manusia terlalu complicated bagi mereka yg menganggap hidup ini complicated
dan
hidup ini mudah bagi mereka yg menganggap hidup ini mudah

Manusia itu bersifat ikhtiariah.. .

Boleh memilih apa yg dia mahu sbb dia ada akal

Andai kita pilih utk hidup dgn mudah, maka kita akan dpt hidup dgn mudah
Andai kita pilih utk hidup susah, maka kita akan dpt hidup susah
Andai kita pilih utk hidup sbg pejuang, maka kita akan berusaha utk hidup sbg pejuang



Allah sayangkan kita
Dia turunkan panduan Al-Quran dan As-sunnah
Hanya mereka yg berakal akan menggunakannya
Dan mereka inilah yg mendpt petunjuk.
ukhuwwah fillah abadan abada'...

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.


Jika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan menunggu teman-temanmu menelefon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau fikir bahwa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah SWT punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban.. .
Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap... Allah SWT TAHU .......

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. (alhamdulillah i met my life partner)

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka
Tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai brsama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.


Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.


Memberi seseorang seluruh cinta bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai kita kembali!

Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.


Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu.
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.
Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.
Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.


Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila kita teramatkan rindukan seseorang sehingga kita ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.
Mimpilah apa yang ingin kita mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin kita tujui dan jadilah apa yang kita inginkan kerana kita hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kita lakukan.


Semoga kita memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri kita menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan kita kuat,
kesedihan yang cukup untuk memastikan kita adalah seorang insan dan
harapan yang cukup untuk membuatkan kita bahagia.

Selalu bayangkan diri kita di dalam kasut seseorang. Jika kita rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.


Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.


Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Kita tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa kita dilahirkan, kitamenangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup kita supaya apabila kita mati nanti, kitalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling kita pula yang akan menangis.

Never love a love that hurts....... .
never hurt a love that loves !!!


(jumpa artikel ni dalam fail. seseorang penah bagi dan rs nak share dgn org lain sbb aku rs ia bagus untuk mengingatkan kita supaya bersyukur dengan setiap kurniaan Allah s.w.t..:)

Wednesday, April 7, 2010

~TerCIpTa UnTuKku~

Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuatku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya citra terindah
Bila kau peluk mesra tubuhku
Banyak kata yang tak mampu
Kuungkapkan kepada dirimu...
Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang menyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku
Aku ingin engkau selalu
Hadir dan temani aku
Di setiap langkah yang menyakiniku
Kau tercipta untukku
Pasti waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tahu ku selalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku..
-ungu-

Tuesday, March 23, 2010

ape sebenarnya???

dari smlm rs sgt down..sepanjang malam asik memikir mslh. mcm2 rasa ada sedih sgt2+keciwa+marah +kecik ati pun ade... sumenye berpunca dr satu benda yg disimpan agak lama. tp bila dah x tahan sgt , meletup la jadinya. satu je yg boleh buat rs sesak kat dlm hati ni ilang - nangis dan nangis dan nangis...(haih minah ayaq mata betul la aku nih). mujur la x de org perasan ngan mata yg bengkak pg ni. harus lah aku meng "smokey" kan mata ni utk menagburi kesan nagis itew!!

dan nasib baik lah sepanjang hari nih ade meeting yg memerlukan aku sgt fokus. yeay!! x yah pk mslh lagi (tp utk hrni je lah).


arghhh...sgt x de mood...sesapa yg baca nih, korg jgn semakkan fikiran utk tau apa sebenarnya yg jadi...x de kaitan antara yg hidup atau mati...mungkin ade kaitan dgn ilusi...(eh mcm pantun plak)..



hmmm....better stop now. jap g aku merepek2 lagi ntah pape...

Wednesday, March 10, 2010

disahkan tidak waras??? hmmm..

ooh sgt lama tidak menjengah blog ini ye. kemalasan tahap dewanya nak menghapdet pape kat sini. bnyk cerita tp jeri-jemari yg mulus ini (mulus keh??? :P) tersangat la beratnye nak menaip. tambah pulak keje2 kat ofis nih yg dah ber "+" (1 of my kawan ofis ni g kursus panjang) so paham2 je la.

Sampai la mlm td dok sorg2 kat ruang tamu tgk buletin utama. kuar cerita psl kawan mozac dulu....mula2 dgr citer nih thn lepas bulan September kalo tak silap. pastu lama senyap x tau pe jadi tup2 mlm td kuar berita. keputusan mahkamah yg agak menyedihkan tp aku rs keadaan tuh yg menyelamatkan dia dr kene hukuman yg lagi berat. Td bukak utusan online so berita dia lebih kurang camni la:

PETALING JAYA 10 Mac - Anak bekas setiausaha sulit seorang kenamaan dilepaskan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini daripada tuduhan melakukan ugutan bunuh terhadap bapanya selepas dia disahkan tidak waras (emm yg nih aku agak musykil) semasa kejadian.

Majistret Aishah Hijriah Arshad memutuskan demikian selepas meneliti laporan perubatan tertuduh, Muhammad Ezra Rusli, 28, yang dikeluarkan oleh Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak.

Beliau bagaimanapun memerintahkan tertuduh ditempatkan di sebuah tempat yang selamat dan dihantar ke hospital berkenaan sehingga mendapat perkenan daripada Sultan Selangor.
Keputusan tersebut dibacakan oleh Pendaftar Mahkamah, Latifah Ibrahim kerana Aishah sedang bercuti.

Muhammad Ezra sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengugut membunuh dan mencederakan bapanya, Rusli Abd. Malik, 61, menggunakan sepucuk pistol jenis Glock.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di C2-07, D'Shire Villa, Jalan Camar 4/1, Seksyen 4, Kota Damansara di antara pukul 3.30 petang dan 5 petang, 5 September tahun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Choo Hueay Ting mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan bagi kes ugutan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi tuduhan mencederakan, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.
Sepanjang kes pendakwaan, seramai tiga saksi dipanggil memberi keterangan iaitu pengadu yang merupakan bapa tertuduh, pegawai penyiasat dan seorang anggota polis.

Muhammad Ezra yang diwakili peguam bela, S. Selvi turut menghadapi satu lagi tuduhan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 di Mahkamah Sesyen di sini kerana didakwa memiliki sebutir bom tangan di rumahnya.
So itulah beritanya. Nak percaya, macam x percaya jugak. x tau ape sebenarnye yg jadi. mamat nih ms kat skola dulu tak la ganas sgt aku rs. tp x tau lah apa jadi kat dia lepas waktu skola kan sbb lost contact x dgr ape2 pun dah citer psl dia. Tp aku rs bila dia dikatakan tidak waras, automatik hukuman jd ringan. ade bagusnye jugak. kalo tak bape tahun la kene penjara agaknya kan. Aku tggu gak sampai berita tu habis kot2 ade tunjuk muka dia ke, tp x kuar pun. (takut gak entah2 salah org kebetulan nama serupa ) agak termalu sendiri jugak ye kalo begitu..papepun doakan je la yg terbaik utk dia.